Ciri
keenam: Keseimbangan kebendaan dan kerohanian
Antara keagungan
perundangan Islam ialah ia tidak menjauhkan kebendaan daripada kerohanian dan
tidak memisahkan dunia dan akhirat, tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai
satu unit yang mutakammil(lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak Allah
atau hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain.
Syariah Islam
dengan sistemnya yang mutakammil tidak menyetujui kehidupan yang membujang
ataupun pengasingan diri daripada masyarakat. Syariah menganjurkan kepada
manusia untuk mengimbangkan antara keadaan-keadaan tersebut supaya tidak berat
sebelah ataupun meninggalkan satu tangggungjawab demi tanggungjawab yang lain.
Al Quran
sentiasa mendorong manusia kepada sifat keseimbangan antara kebendaan dan kerohanian.
Terutamanya dalam menunaikan hak Allah seperti solat di samping kehidupan
perniagaan. Allah swt berfirman yang bermaksud:
“laki-laki yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula jual beli daripada mengingati
Allah dan (daripada) mendirikan solat dan (daripada) membayar zakat. Mereka
takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi
goncang.(An - Nur : 47)
Semua asas –
asas yang diletakkan oleh Islam adalah untuk mengimbangkan kehidupan manusia
antara kebendaan dan kerohanian,, agama dan dunia serta ibadah dengan
kehidupan, agar manusia melaksanakan tugas dan menunaikan risalah dengan cara
yang paling sempurna serta melakukan hak pada tempatnya dalam kehidupan.
Islam
tidak memberikan garis pemisah antara kebendaan dan kerohanian. Islam memandang hidup ini sebagai satu
kesatuan yang mencakupi kedua-duanya, sehingga Islam tidak menjadi
penghalang antara manusia dan kepentingan hidupnya, bahkan Islam mengatur seluruh urusan
hidup. Islam menunjukkan jalan ke arah kesempurnaan rohani bukan dengan
menjauhkan diri dari kehidupan duniawi, tetapi dengan jalan taqwa kepada
Allah dalam seluruh keperluan hidup yang beraneka-ragam, sebagaimana dihikayatkan dalam Al-
Qur’an mengenai hamba-hamba Allah yang soleh:
penghalang antara manusia dan kepentingan hidupnya, bahkan Islam mengatur seluruh urusan
hidup. Islam menunjukkan jalan ke arah kesempurnaan rohani bukan dengan
menjauhkan diri dari kehidupan duniawi, tetapi dengan jalan taqwa kepada
Allah dalam seluruh keperluan hidup yang beraneka-ragam, sebagaimana dihikayatkan dalam Al-
Qur’an mengenai hamba-hamba Allah yang soleh:
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Tuhan-Ku! Berikanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jagalah kami dari seksa neraka.
Mereka itulah yang mendapat bahagian (pahala) dari apa yang mereka lakukan, dan
Allah itu cepat hisab-Nya — Al-Baqarah 201-202.
Malah Al-Qur’an mencela orang-orang yang tidak memanfaatkan nikmat harta kurnia Allah:
Katakanlah, siapa yang melarang perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya dan rizqi yang baik-baik. Katakanlah, itu untuk orang-orang
yang beriman dalam kehidupan dunia, khususnya pada hari kiamat. Begitulah Aku
menjelaskan ayat-ayat-Ku untuk orang-orang yang mengetahui — Al-a’raf 32.
Akan tetapi dalam pada itu Islam
menuntut supaya para penganutnya menjadi ummat yang
sedang-sedang dalam kehidupan dunia:
sedang-sedang dalam kehidupan dunia:
Hai keturunan Adam! Kenakanlah pakaian kamu pada setiap kali kamu
solat di masjid dan makan minumlah kamu dan janganlah kamu
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak senang kepada orang-orang yang suka
berlebih-lebihan. – Al-a’raf 31.
Dan sabda Rasulullah saw.:
Orang mukmin yang bergaul dalam masyarakat dan tabah atas segala rintangan
adalah lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak tabah/tidak
sabar atas rintangan. – Riwayat Bukhari.
Rasulullah saw. Pernah bersabda yang ditujukan kepada Abdullah bin Umar bin ‘Ash:
Aku mendapat khabar bahawa engkau berpuasa tanpa berbuka dan melakukan
solat sepanjang malam. Janganlah engkau berbuat begitu, sebab matamu
juga harus dapat bahagian, dirimu harus dapat bahagian dan isterimu juga harus dapat
bahagian. Oleh kerana itu, berpuasalah dan berbuka, solatlah dan tidur. –
Riwayat Muslim.
Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw. Bersabda:
Tiga perkara termasuk Iman, memberi nafkah tanpa terlalu beririt-irit,
mengusahakan keselamatan untuk semua orang dan menginsafi dirimu sendiri. –
Riwayat Muslim.
Jadi Islam itu tidak membuat garis pemisah antara kepentingan kebendaan dan
kerohanian dalam kehidupan manusia, bahkan Islam menjalin kedua-duanya, sehingga terbukalah
jalan hidup yang sesuai dengan kemampuan orang atas dasar yang sah dan baik. Islam
mengajarkan bahawa kebendaan dan kerohanian adalah dua hal yang selalu harus berdampingan
dan bahwasanya kesucian rohani dapat terhindar dari keburukan, apabila sumber-sumber
kebendaan dibaktikan untuk kepentingan kemanusiaan. Kesucian rohani tidak akan tercapai
dengan jalan menyeksa diri, menjauhkan diri dari kehidupan duniawi dan menekan naluri
kemanusiaan. Dunia ini telah cukup menderita, akibat ajaran-ajaran yang berat sebelah dari
agama dan ideologi lain. Ada agama yang menekankan ajarannya kepada segi kerohanian saja
dalam hidup ini, dan bersikap bodoh terhadap benda dan kehidupan duniawi. Mereka
memandang dunia ini sebagai khayalan penipuan dan perangkap. Di pihak lain, ada ideologi
materialistis yang sepenuhnya bersikap bodoh terhadap segi kerohanian dan moral serta
menganggapnya sebagai khayalan semata-mata. Kedua macam ajaran/pendirian ini telah
menimbulkan kerosakan/kehancuran. Mereka telah merampas keamanan dan
ketenangan manusia. Sampai sekarang tetap menimbulkan ketidakseimbangan.
Seorang sarjana Perancis Dr. De Brogbi
dengan tepat menyatakan:
“Bahaya yang mengancam kebudayaan yang terlalu menitik-beratkan kebendaan
ialah kehancuran kebudayaan itu sendiri. Kebudayaan berbentuk itu kalau tidak
disusul dengan perkembangan kehidupan rohani, pasti gagal memperoleh
keseimbangan.”
“Bahaya yang mengancam kebudayaan yang terlalu menitik-beratkan kebendaan
ialah kehancuran kebudayaan itu sendiri. Kebudayaan berbentuk itu kalau tidak
disusul dengan perkembangan kehidupan rohani, pasti gagal memperoleh
keseimbangan.”
Agama Kristen tersesat dengan terlalu menekankan ajarannya kepada salah satu extrimitas, yakni
kerohanian, sedangkan kebudayaan moden tersesat pada extrimitas yang lain, yakni kebendaan.
Seperti kata Lord Snell: “Kita telah mendirikan bangunan yang lahirnya memang mewah dan
megah, tapi kita tidak memperhatikan tuntutan pokok yang harus menjadi isinya. Kita dengan
sepenuh perhatian membuat rencana, dekorasi dan membersihkan semua bahagian luar bangunan
kita, akan tetapi bahagian dalamnya penuh dengan pemerasan dan pelanggaran. Kita telah
mempergunakan kemajuan pengetahuan dan kekuatan untuk mengatur kesenangan badan, tapi
kita telah meninggalkan segala kepentingan rohani.”
Agama Islam telah membina keseimbangan antara kedua segi kehidupan: kebendaan dan
kerohanian. Islam menyatakan bahawa segala sesuatu yang ada di dunia ini untuk manusia, akan
tetapi manusia sendiri perlu mengabdi kepada Allah; tugas kehidupannya ialah melaksanakan
kehendak Allah. Ajaran-ajaran Islam mendorong manusia ke arah kebersihan rohani, sama seperti
dorongannya untuk mendapatkan keperluan hidupnya di dunia yang bersifat sementara ini. Islam
menyuruh manusia supaya membersihkan jiwanya, sekaligus membentuk atau membangun
kehidupan dunianya, individu mahupun masyarakat, dan supaya membina hak/kebenaran atas
kekuasaan dan kebajikan atas kejahatan. Jadi, Islam itu berdiri di atas jalan tengah.
Kepentingan mempelajari tarikh tasri’ / perundangan islam
Tujuan
Mempelajari Tarikh Tasyri' Tujuannya adalah untuk mengetahui latar belakang
munculnya suatu hukum atau sebab-sebab ditetapkannya suatu hukum syari'at,
dalam hal ini penetapan hukum atas suatu masalah yang terjadi pada zaman
Rasulullah saw adalah tidak sama atau memungkinkan adanya perbezaan dengan zaman-zaman
selepasnya, untuk mengetahui dan mampu memaparkan sejarah perkembangan hukum
dari zaman Rasulullah saw sampai sekarang, dalam rangka meningkatkan
pengetahuan terhadap hukum Islam, agar membangkitkan dan menghidupkan kembali
semangat kita dalam mempelajari tarikh tasyri' dan agar kita mampu memahami
perkembangan syari'at Islam. Antara kepentingan mempelajari perundangan islam
ialah :
1)
Mengetahui
prinsip dan tujuan syari’at Islam
2)
Pemahaman
terhadap Islam yang komprehensif
3)
Sebagai
bentuk penghargaan atas jasa para ulama
4)
Menumbuhkan
rasa bangga terhadap syaria’at Islam
5)
Menumbuhkan
motivasi dan optimis untuk mengembalikan kejayaan Islam.
6)
Melahirkan
sikap toleransi terhadap perbezaan di antara umat Islam
7)
Mengawal
kemahuan dan kehendak manusia dari mengikut tuntutan nafsu semata-mata
Islam mensyariatkan undang-undang
yang mampu mengawal segala perilaku manusia agar keamanan dan keadilan dalam
masyarakat terus terjamin. Undang-undang yang disyariatkan secara langsung dari
pencipta ini, pasti mempunyai nilai dan ciri-ciri khusus yang mampu mencapai
objektif perundangan sebenar .